Wednesday, November 18, 2015

Program saling bantu membantu



Bagaimana Bermula?

Setiap peserta bermula hanya dengan satu nilai RM50. Selebihnya, sistem  MYBCWORLD yang akan menjalankannya secara otomatis untuk anda.

                                     3 Syarat Penting
              ( untuk anda yang serius merubah situasi ekonomi )

            1)- Ada Modal RM50
            2)- Ada 3 Kenalan
            3)- 3 Kenalan Anda Ada Syarat  1)- dan 2)-

Klik web site :-   www.mybcworld.com/DA73


Akan keluar borang ini.....








10 SEBAB UTAMA ANDA PERLU SERTAI MYBCWORLD CLUB
1. Modal cuma RM50 SEKALI seumur hidup
2. Income terus masuk akaun bank 100%
3. Tugas HANYA perkenalkan kepada minima 3 orang rakan anda tentang program kutu ini. Semakin ramai join semakin banyak wang hasil pengumpulan seperti main kutu tradisional. cuma kini lebih mudah dan cepat pulangannya!!
4. Tiada E wallet.. maksudnya direct masuk bank akaun anda TANPA SYARAT!
5. Tak perlu angkat besi
6. TAK PERLU JUAL PRODUK
7. TAK PERLU KACAK ATAU CANTIK
8. INI BUKAN MLM tetapi networking base! Please take note ya!
9. Sistem kutu moden tanpa penindasan mana mana pihak
10.Anda yang terawal kerana sistem ini baru bermula 8 July 2015!!!!




     INCOME DALAM MYBCWORLD






 INCOME DALAM MYBCWORLD
Income pulak terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Bonus Penajaan
2. Bonus Upgrade
BONUS PENAJAAN
Setiap kali anda mengajak rakan untuk join Program ni, anda layak menerima RM50.. Directly masuk kedalam akaun anda..
1. Minta rakan tu bank in RM50 kepada anda..
2. Daftarkan rakan kedalam sistem..
3. Minta rakan submit pengaktifan..
4. Anda Approve pengaktifan tersebut..
RM50 tadi tu mmg income korang lah.. Kalau ajak 3 org, means dah dapat income RM150 kan.. Simple..
BONUS UPGRADE
Setiap kali downline anda Upgrade Stage, anda layak menerima bonus Upgrade.. TAKE NOTE!! Downline level 2 hingga level 7 sahaja.. TIDAK TERMASUK level 1 iaitu 3 org yg anda ajak tu..
Berikut adalah bayaran Upgrade Stage:
- Upgrade Stage 2: RM100
- Upgrade Stage 3: RM250
- Upgrade Stage 4: RM400
- Upgrade Stage 5: RM700
- Upgrade Stage 6: RM1,000
- Upgrade Stage 7: RM5,000
TAKE NOTE!!! Nak dapatkan income² Bonus Upgrde ni, ada SYARATnya.. Anda mestilah Upgrade dahulu sebelum downline² anda Upgrade.. Ini PENTING ya.. Bermakna, anda perlu Upgrade setiap Stage..



Wednesday, August 5, 2015

Khasiat Madu dan Kayu Manis

✅Madu dan Kayu Manis - siapa pernah terfikir?
Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.
Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.
Ini di antara kajian dari saintis barat :
Penyakit Jantng : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan
(sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.
Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.
Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.
Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.
Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).
Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut
dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.
Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).
Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.
Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.
Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah, umur kita akan panjang)
Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.
Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.
Jangkitan Kulit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.
Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.
Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.
Lemah : kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.
Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.
👉Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

Monday, August 4, 2014

Khasiat tomato mentah


khasiat tomato mentah:-

selain memakan tomato yang di masak sebagai masakan contohnya sos pasta, tom yam dan sebagainya. bagi mendapatkan khasiat tomato yang optimum, kita di galakkan untuk memakan tomato mentah yang segar. boleh di nikmati sebagai salad segar atau di makan mentah begitu sahaja, tomato mentah merupakan snek pengalas perut yang terbaik. antara khasiat-khasiat tomato mentah adalah seperti berikut.

sumber anti-oksidan:-

tomato mengandungi beta-carotene yang bertindak sebagai anti-oksidan untuk tubuh badan. selain itu juga, tomato di perkaya dengan vitamin A dan C menjadikan tomato anti-oksidan yang bagus untuk melawan radikal bebas di dalam tubuh badan.

kesan merokok:-

bagi seorang bekas perokok, jangan abaikan kebaikan tomato kepada bekas perokok. ini kerana omato mengandungi asid chologenic dan caumaric bertindak sebagai agen untuk melawan karsinogen di dalam tubuh badan yang di sebabkan oleh sisa-sisa rokok.

melawan kanser:-

kajian mendapati bahawa amalan memakan tomato mengurangkan mendapat kanser perut dan usus besar. ini kerana terdapat lycopene di dalam tomato, anti-oksidan semulajadi yang menghalang pertumbuhan sel kanser.

mengawal diabetes:-

tomato mengandungi kromium yang membantu pesakit diabetes mengawal kadar gula di dalam darah mereka.

menyihatkan jantung:-

kalium dan vitamin B di dalam tomato merupakan nutrien yang berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol.

menyihatkan mata:-

tomato kaya dengan vitamin A yang lebih di kenali dengan vitamin untuk mata. memakan tomato sangat bagus untuk mata lebih-lebih lagi bagi mereka yang menghadapi rabun malam.

mencegah batu buah pinggang:-

memakan tomato tanpa biji mampu mengurangkan risiko mendapat sakit batu buah pinggang. jadi, jangan abaikan khasiat tomato ini.

mencerahkan kulit:-

kandungan lycopene di dalam tomato mampu membantu mencerahkan kulit. jadi tidak hairanlah pengusaha bahan kosmetik giat menggunakan tomato sebagai bahan asas penjagaan kecantikan. tetapi bagi yang ingin mendapatkan rawatan secara semulajadi dengan tomato, boleh mencuba menjadikan tomato sebagai masker atau pencuci muka. amalkan secara konsisten untuk kulit yang lebih cerah, bersinar dan tampak segar kemerahan.

menguatkan tulang:-

kandungan kalsium dan vitamin K di dalam tomato membantu kita menguatkan tulang.

mencantikkan rambut:-

amalam memakan tomato yang konsisten membantu kita mendapatkan rambut yang sihat dan berkilau. ini kerana, kandungan vitamin A di dalam tomato membantu menyihatkan dan mencantikkan rambut.

Selain baik untuk dimakan, tomato juga memiliki banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Tomato mengandungi likopen iaitu antioksidan yang dapat membantu membuat kulit nampak lebih cerah dan bersinar. Juga melindungi kulit daripada sinaran matahari yang memudaratkan.

Berikut adalah lima khasiat kecantikan yang terkandung dalam tomato.



1. Menghilangkan Jerawat

Tomato kaya vitamin A dan C yang berkesan menghilangkan jerawat. Jika anda berjerawat ringan, potong tomato jadi dua dan kemudian sapukan pada jerawat. Jika anda mengalami masalah jerawat yang teruk, lumatkan sebiji tomato dan sapu rata pada wajah.

Biarkan selama satu jam dan kemudian bilas dengan air.



2. Menyembuhkan Peradangan Kulit

Tomato mempunyai kesan menenang dan melegakan kulit yang keradangan kerana terdedah pada sinar matahari. Parut setengah tomato dan campur dengan dua camca besar dadih.

Oleskan dengan rata pupur ini bahagian badan yang sering terdedah pada sinar matahari. Bilas selepas setengah jam. Tomato adalah ubat terbaik untuk menyembuhkan keradangan kulit.



3. Mengecilkan Pori-Pori

Pori-pori yang besar boleh menyebabkan kotoran dan debu terkumpul pada kulit. Ini boleh menyebabkan jangkitan.

Ambil satu camca besar jus tomato segar dan campurkan dengan dua hingga tiga titis jus lemon. Sapukan campuran ini pada kulit wajah Anda. Picit dalam gerakan putaran. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air.



4. Menghilangkan Pori-Pori Tersumbat

Untuk mengatasi masalah pori-pori tersumbat, gunakan kombinasi tomato dan avokado. Kombinasi ini dapat membantu membersihkan kulit dan membuatnya jadi lebih halus.

Gunakan pupur ini secara teratur untuk membantu mengatasi menghilangkan pori-pori tersumbat.



5. Sebagai Astringen

Campur jus timun dan tomato dalam jumlah yang sama.

Sapu pada seluruh wajah dan lakukan perawatan ini dengan teratur. Kandungan khasiat dalam tomato juga membantu untuk menjaga kulit terbebas daripada minyak.

Inilah lima khasiat menakjubkan tomato yang tidak hanya mencantikkan kulit anda, tetapi juga menyihatkannya.


#sumber info dri internet#share***

Monday, July 7, 2014

3 waktu dilarang mandi malam

 
 
kepada yang suka mandi malam....
(share ilmu dri kekwn fb) 
 
 3 WAKTU DILARANG MANDI :

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.
Penjelasan :
A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.
B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.
*Ape pun ini adalah Kaedah dan Jalan Terbaik untuk kita Amalkan Kerana Islam Adalah Jalan dan cara Hidup..
Walaubagaimanapun Kita Semua Adalah Manusia Biasa yg Lemah dan Tidak lari dari Pelbagai Kelemahan dan Kesulitan disepanjang Hayat kita, Yang tidak mgkin MAMPU untuk Melakukan Sebaik mungkin..
Jika Kita tidak terdaya melakukan Amalan seperti yang saya Sharekan ini MAKA Mohonlah AGAR ALLAHswt Sentiasa Memelihara dan Menjaga Kesihatan tubuh badan kita Semua..
Kerana HANYA kepada NYA lah kita Semua Mengharapkan Perlindungan..- Zam Ysf
Dikatakan :- ۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. ۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. ۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. ۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. ۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. ۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. ۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, Dikatakan juga:- ۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... ۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. ۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. ۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. ۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. ۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. ۞ Syaitan kata, "JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG" Sebarkan biar umat islam mngetahui
TARIKH PENTING TERDEKAT:

Isra' wal Mi'raj
- 27th Mei 2014
- tuesday.

Nisfu Sya'ban
- 13th June 2014
- friday.

Ramadan
- 28th June 2014
- saturday.

Lailat-ul Qadr
- 17th July to 26th July 2014
- thursday to saturday

Eid-ul-fitr
- 28th July 2014.
- monday

First day to hajj KT 1
- 27 Ogos 2014
- wednesday

Eid-ul-Adh
- 4th October 2014.
- saturday

 
Gambar: kepada yang suka mandi malam....
jom sedut Ilmu

3 WAKTU DILARANG MANDI :

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.
Penjelasan :
A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.
B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.
*Ape pun ini adalah Kaedah dan Jalan Terbaik untuk kita Amalkan Kerana Islam Adalah Jalan dan cara Hidup..
Walaubagaimanapun Kita Semua Adalah Manusia Biasa yg Lemah dan Tidak lari dari Pelbagai Kelemahan dan Kesulitan disepanjang Hayat kita, Yang tidak mgkin MAMPU untuk Melakukan Sebaik mungkin.. 
Jika Kita tidak terdaya melakukan Amalan seperti yang saya Sharekan ini MAKA Mohonlah AGAR ALLAHswt Sentiasa Memelihara dan Menjaga Kesihatan tubuh badan kita Semua..
Kerana HANYA kepada NYA lah kita Semua Mengharapkan Perlindungan..- Zam Ysf
Dikatakan :- ۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. ۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. ۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. ۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. ۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. ۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. ۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, Dikatakan juga:- ۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... ۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. ۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. ۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. ۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. ۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. ۞ Syaitan kata, "JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG" Sebarkan biar umat islam mngetahui
TARIKH PENTING TERDEKAT:

Isra' wal Mi'raj 
- 27th Mei 2014
- tuesday.

Nisfu Sya'ban
- 13th June 2014
- friday.

Ramadan 
- 28th June 2014
- saturday.

Lailat-ul Qadr
- 17th July to 26th July 2014
- thursday to saturday

Eid-ul-fitr
- 28th July 2014.
- monday

First day to hajj KT 1 
- 27 Ogos 2014
- wednesday

Eid-ul-Adh
- 4th October 2014.
- saturday 

Terima khasih dan Share dari :- Mardielara Lara (https://www.facebook.com/asmalara) 
melalui Razali Mokhtar.

Unsur tanah,air,api,angin



①Unsur Tanah→ Anak ke 1 , 5 , 9
②Unsur Air→Anak ke 2 , 6 , 10
③Unsur Api→Anak ke 3 , 7 ,11
④Unsur Angin →Anak ke 4 , 8 , 12

①TANAH.... √ Pendiam , pendengar yang baik , penyabar & setia.. √ Tak mudah membangkang , dengar kata & boleh bawa bincang.. √ Berpewatakan manis , lembut hati , suka memendam rasa & sensitif.. √ Tak banyak kerenah , cerewet , menghormati orang lain , rendah diri & tak sombong.. √ Suka pendam rasa marah , sampai 1 tahap boleh meletup.. √ Lambat dalam menyelesaikan 1 tugasan..

②AIR.... √ Sentiasa tenang & menyejukkan perasaan orang laen.. √ Buat kerja dengan teratur , teliti & pantas √ Keras kepala , sukar dilentur & dibentuk (Asyik dia jaa nak menang) √ Manja , lembut hati & sensitif.. √ Air yang tenang jangan disangka tiada buaya (Mood yang selalu berubah ubah)

③API.... √ Semangat yang tinggi , sangat aktif & berkobar kobar.. √ Sangat teliti & berwaspada.. √ Suka menyakat & mengenakanb orang laen.. √ Panas baran & mudah melukakan hati orang lain.. √ Kuat cemburu..

④ANGIN.. √ Melembutkan hati orang lain.. √ Agak susah untuk mengendalikan keadaan.. √ Tidak suka berkongsi apa2 masalah kepada orang laen.. √ Pendiam dan agak pemalu dengan orang yang tak dikenalinya.. √ Suka membuat haluan sendiri.. √ Penyayang..

Wednesday, July 2, 2014

Diet ikut jenis darah





Buat pertama kalinya, diet mengikut jenis darah diperkenalkan oleh Dr Peter JD Adamo, pakar rawatan semula jadi bertauliah di Connecticut, Amerika Syarikat.
Penelitian pada setiap darah menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap protein yang terdapat pada makanan apabila masuk ke dalam badan. Setiap protein makanan yang diserap tubuh menurutnya hanya
Hasil kajiannya yang dilakukan selama beberapa tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memberikan tindak balas yang berbeza terhadap makanan mengikut jenis darah yang dimiliki. Hal ini juga diterangkan di dalam bukunya berjudul Eat Right For Your Type yang diterbitkan pada tahun 1996.

Apabila pengambilan makanan sesuai dengan jenis darah seseorang (sama ada A, B, AB, dan O), ia memberikan kesan positif terhadap tubuh badan seperti keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya ketahanan badan.



Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisme.


Diet kumpulan darah A

Di dalam bukunya, Dr D’Adamo menyarankan ­pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dan makanan yang rendah ­kandungan protein. Ini ­kerana jika jumlah protein dalam makanan terlalu banyak, ia menyebabkan seseorang itu sakit perut. Pun begitu bukan bermakna individu yang mempunyai darah jenis A tidak boleh mendapat protein daripada sumber haiwan, tetapi ­disarankan dalam kuantiti kecil.

Kumpulan ini dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju semula jadi dan telur organik. Golongan darah A perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindari adalah hidangan laut berwarna putih (contohnya ikan siakap putih), daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif.

• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging.

• Disarankan mengamalkan pemakanan vegetarian atau mengambil makanan tinggi karbohidrat, namun rendah lemak.

• Mengurangkan tekanan dengan bermeditasi atau bersenam.

• Perlu mendapat cukup rehat.


Menu yang dianjurkan:
Sarapan:
Air suam dicampur jus limau nipis dan oat
Snek:Makan tengah hari:Snek:Makan malam:

Diet kumpulan darah B

Individu yang mempu­nyai darah jenis B dikatakan lebih fleksibel berbanding golongan yang memiliki darah A. Teori Dr D’Adamo menyarankan golongan ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin, sebaliknya sangat menganjurkan makanan berasaskan susu dan yang mengandungi banyak karbohidrat.


Ciri khas individu darah B:

• Dianjurkan mengambil diet yang mengandungi pelbagai variasi makanan, namun perlu mengehadkan pengambilan daging.

• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk mening­katkan sistem imunisasi badan.

• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.

• Untuk mengatasi tekanan, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik darah B alah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, oleh itu mereka disarankan mengambil banyak sayuran hijau yang kaya magnesium.

Antara makanan yang disarankan adalah daging lembu, kambing, kibas, arnab, ikan laut, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan serta semua produk susu kecuali keju biru dan aiskrim.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh dan itik, beraneka jenis minyak (minyak bijan, jagung, biji matahari, kacang tanah dan soya); kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu yang dianjurkan:
Sarapan:
Bijirin, pisang dan segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan tengah hari: Sepotong dada ayam, dua potong roti berserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau atau yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


Diet golongan darah AB

Jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur kecuali telur itik, susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayur dan buah kecuali jagung, tauge, cendawan dan buah yang dijeruk.

Golongan ini harus mengehadkan pengambilan daging lembu, udang, ikan laut, semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit dan perlu mengurangkan pengambilan makanan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif

• Disarankan mengambil makanan dalam kuantiti sedikit, tetapi kerap

• Digalakkan bersenam pada waktu pagi untuk lebih bertenaga


Menu yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, dua potong roti dan sehiris keju
Snek: Yogurt
Makan Tengah Hari: Empat hiris dada ayam, dua biji plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet, salad buah dan kopi


Diet golongan darah O

Pemilik darah jenis O disaran lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diproses), sayur-sayuran, telur dan kacang serta mengurangkan karbohidrat namun perlu menghindari produk susu dan gandum.

Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini mengehadkan pengambilan buah-buahan dan menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. dia turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindari seperti sayur brokoli, sawi, tauge, terung dan cendawan.

Selain itu, pemilik darah jenis ini tidak memerlukan telur, susu, gandum dan kekacang kerana protein diperoleh daripada sumber daging dan ikan. Paling penting mereka perlu menghindari jeruk yang dikatakan boleh menyebabkan keracunan usus.


Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki daya ketahanan badan yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain

• Mudah mengadaptasi ­dengan pelbagai makanan

• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik

• Dianjurkan mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat

• Berisiko mendapat radang seperti artritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu yang dianjurkan:
Sarapan:
Dua keping roti bakar disapu mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan Tengah Hari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging dan asparagus yang dicelur, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Kajian Dr D’Adamo ini adalah sesuatu yang baru dan ramai pakar pemakanan mempertikaikannya, namun apa yang lebih utama ialah mengamalkan pemakanan sihat. Pemakanan sihat bermakna memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit tanpa mengira jenis darah seseorang.