Tuesday, June 6, 2017

Info GUM ARAB share dri Facebook










KHASIAT ARABIC GUM
Arabic Gum
Arabic Gum @ Getah Arab adalah sejenis produk asli dari resin pokok Akasia yang tumbuh di Sudan. Di sebelah barat mereka memanggil Al Manna ini dengan " Acacia Powder".
Di negara Arab ia digelar "Bread from heaven" kerana Arabic Gum atau Al manna ini ada disebut di dalam kitabAl-Quran dalam surah Al-baqarah ayat 57.
“ Dan kami teleh menaungi kamu dengan awan (panas matahari di padang pasir) dan kami turunkan kepada kamu “manna dan salwa”, (serta kami berfirman):, Makanlah dari makanan yang baik yang kami telah kurniakan kepada kamu”, dan tidaklah mereka menganiaya kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu) tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri “.
Surah Al-Baqarah Ayat 57.
Getah Arab sejenis prebiotik asli yang hanya terdapat di Sudan mempunyai potensi dalam industri perubatan, makanan dan solek antarabangsa akan dapat menguatkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah hab halal dengan adanya penyelidikan rapi mengenainya yang dipelopori UKM. 
Banyak kajian saintifik ke atas Gum Arabic mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik.
Satu kajian yang diterbitkan oleh Br. Jour. Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Gum Arabic dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal ke atas manusia yang diberi Gum Arabic 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides di dalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Gum Arabic berbanding Inulin. Ini bermakna Gum Arabic adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.
Antara kajian yang dijalankan menunjukkan kebaikan Arabic Gum:
1. Kesan penurunan tekanan.
darah pada pesakit darah tinggi.
2. Mengurangkan penghasilan.
radical oksigen bebas (free
oxygen radical).
3. Meningkatkan paras butyrate
dalam serum darah.
4. Memperbaiki tindakbalas
sistem imun tubuh melalui
rangsangan kepada sel
dendritic di dalam lumen usus
dan penghasilan cytokine.
5. Membantu serapan mineral
seperti zink, sodium dan
calcium.
6. Menghalang pertumbuhan sel
kanser usus dan keradangan
(inflammation) usus melalui
modifikasi angiogenetic factors
7. Mengurangkan paras urea dan
menambah nitrogen dalam
najis kepada pesakit rosak buah
pinggang.
8. Kesan penyembuhan kepada
pesakit buah pinggang teruk
(chronic and end stage kidney
disease).
Kajian klinikal ke atas pesakit paediatrik end stage renal failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan lebih baik (Paediatric Nephrology 2004). Kajian ke atas haiwan menunjukkan penambahan creatinine cleareance dan perubahan electrolyte excreation yang mempunyai kesan baik (favourable) ke atas masalah buah pinggang (renal insufficiency) (Tubingen Univer. Germany).
Satu kajian (Cardiff University) ke atas pesakit pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi 25gm Gum Arabic selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan darah. Kajian lain di University yang sama kepada pengidap kencing manis menunjukkan improvement dalam tekanan darah yang seterusnya memberi kesan yang positif ke atas penyakit buah pinggang (progression of renal dis.).
Kajian lain pula (Hyderabad India) mendapati penggunaan 20gm Gum Arabic pengurangan paras gula dalam darah.
Kajian ke atas tikus (Sultan Qaboos University) menjukkan ada kesan keatas imbangan elektrolit, vitamin D dan alahan kepada manusia.
Gum Arabic adalah demulcent yang melegakan radang membran mukus dan digunakan terutamanya dalam ubatan untuk batuk dan masaalah gastrousus. Gum Arabic di dalam produk mengurangkan keradangan (inflammation) dalam saluran pernafasan, saluran gastrousus dan sistem urinary dan baik untuk batuk, selsema, sakit mata, cirit birit.
Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak bagi memberi alternatif untuk penyembuhan pelbagai jenis penyakit, in sya Allah.

No comments:

Post a Comment