Monday, August 4, 2014

Khasiat tomato mentah


khasiat tomato mentah:-

selain memakan tomato yang di masak sebagai masakan contohnya sos pasta, tom yam dan sebagainya. bagi mendapatkan khasiat tomato yang optimum, kita di galakkan untuk memakan tomato mentah yang segar. boleh di nikmati sebagai salad segar atau di makan mentah begitu sahaja, tomato mentah merupakan snek pengalas perut yang terbaik. antara khasiat-khasiat tomato mentah adalah seperti berikut.

sumber anti-oksidan:-

tomato mengandungi beta-carotene yang bertindak sebagai anti-oksidan untuk tubuh badan. selain itu juga, tomato di perkaya dengan vitamin A dan C menjadikan tomato anti-oksidan yang bagus untuk melawan radikal bebas di dalam tubuh badan.

kesan merokok:-

bagi seorang bekas perokok, jangan abaikan kebaikan tomato kepada bekas perokok. ini kerana omato mengandungi asid chologenic dan caumaric bertindak sebagai agen untuk melawan karsinogen di dalam tubuh badan yang di sebabkan oleh sisa-sisa rokok.

melawan kanser:-

kajian mendapati bahawa amalan memakan tomato mengurangkan mendapat kanser perut dan usus besar. ini kerana terdapat lycopene di dalam tomato, anti-oksidan semulajadi yang menghalang pertumbuhan sel kanser.

mengawal diabetes:-

tomato mengandungi kromium yang membantu pesakit diabetes mengawal kadar gula di dalam darah mereka.

menyihatkan jantung:-

kalium dan vitamin B di dalam tomato merupakan nutrien yang berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol.

menyihatkan mata:-

tomato kaya dengan vitamin A yang lebih di kenali dengan vitamin untuk mata. memakan tomato sangat bagus untuk mata lebih-lebih lagi bagi mereka yang menghadapi rabun malam.

mencegah batu buah pinggang:-

memakan tomato tanpa biji mampu mengurangkan risiko mendapat sakit batu buah pinggang. jadi, jangan abaikan khasiat tomato ini.

mencerahkan kulit:-

kandungan lycopene di dalam tomato mampu membantu mencerahkan kulit. jadi tidak hairanlah pengusaha bahan kosmetik giat menggunakan tomato sebagai bahan asas penjagaan kecantikan. tetapi bagi yang ingin mendapatkan rawatan secara semulajadi dengan tomato, boleh mencuba menjadikan tomato sebagai masker atau pencuci muka. amalkan secara konsisten untuk kulit yang lebih cerah, bersinar dan tampak segar kemerahan.

menguatkan tulang:-

kandungan kalsium dan vitamin K di dalam tomato membantu kita menguatkan tulang.

mencantikkan rambut:-

amalam memakan tomato yang konsisten membantu kita mendapatkan rambut yang sihat dan berkilau. ini kerana, kandungan vitamin A di dalam tomato membantu menyihatkan dan mencantikkan rambut.

Selain baik untuk dimakan, tomato juga memiliki banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Tomato mengandungi likopen iaitu antioksidan yang dapat membantu membuat kulit nampak lebih cerah dan bersinar. Juga melindungi kulit daripada sinaran matahari yang memudaratkan.

Berikut adalah lima khasiat kecantikan yang terkandung dalam tomato.



1. Menghilangkan Jerawat

Tomato kaya vitamin A dan C yang berkesan menghilangkan jerawat. Jika anda berjerawat ringan, potong tomato jadi dua dan kemudian sapukan pada jerawat. Jika anda mengalami masalah jerawat yang teruk, lumatkan sebiji tomato dan sapu rata pada wajah.

Biarkan selama satu jam dan kemudian bilas dengan air.



2. Menyembuhkan Peradangan Kulit

Tomato mempunyai kesan menenang dan melegakan kulit yang keradangan kerana terdedah pada sinar matahari. Parut setengah tomato dan campur dengan dua camca besar dadih.

Oleskan dengan rata pupur ini bahagian badan yang sering terdedah pada sinar matahari. Bilas selepas setengah jam. Tomato adalah ubat terbaik untuk menyembuhkan keradangan kulit.



3. Mengecilkan Pori-Pori

Pori-pori yang besar boleh menyebabkan kotoran dan debu terkumpul pada kulit. Ini boleh menyebabkan jangkitan.

Ambil satu camca besar jus tomato segar dan campurkan dengan dua hingga tiga titis jus lemon. Sapukan campuran ini pada kulit wajah Anda. Picit dalam gerakan putaran. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air.



4. Menghilangkan Pori-Pori Tersumbat

Untuk mengatasi masalah pori-pori tersumbat, gunakan kombinasi tomato dan avokado. Kombinasi ini dapat membantu membersihkan kulit dan membuatnya jadi lebih halus.

Gunakan pupur ini secara teratur untuk membantu mengatasi menghilangkan pori-pori tersumbat.



5. Sebagai Astringen

Campur jus timun dan tomato dalam jumlah yang sama.

Sapu pada seluruh wajah dan lakukan perawatan ini dengan teratur. Kandungan khasiat dalam tomato juga membantu untuk menjaga kulit terbebas daripada minyak.

Inilah lima khasiat menakjubkan tomato yang tidak hanya mencantikkan kulit anda, tetapi juga menyihatkannya.


#sumber info dri internet#share***

1 comment:

  1. Saya mmg peminat tegar tomato mentah.. Yg letak dlm masakan tu kurenggg sikit :P

    ReplyDelete