Wednesday, June 12, 2013

Jaga Kesihatan






Tips Amalan Pemakanan Sihat

1. Elakkan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.

2. Biasakan rehat makan (puasa pada hari Isnin dan Khamis) bagi
menyihatkan perut.

3. Elakkan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk
(makanan atau minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau
penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan).

4. Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak
dan berkolestrol.

5. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang
tinggi.

6. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

7. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan
pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

8. Amalkan minum jus buah atau makan buah-­buahan seperti
kurma, betik, pisang dan lain­lain pada awal pagi.

9. Biasakan makan makanan atau minuman berasaskan kacang dan
bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk
kecerdasan minda.

No comments:

Post a Comment